Sebuah kapal karam diterjang badai hebat.Hanya dua orang lelaki yg dapat selamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yg sangat gersang. Mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapa yang yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah yang berasingan dan mereka tinggal berjauhan.
Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya lelaki pertama melihat sebuah pohon buah-buahan penuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yg lainnya tetap kosong.
Seminggu kemudian, lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri. Keesokan harinya, terdapat sebuah kapal karam dan satu-satunya penumpang yg selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki kedua, tetap saja tidak mendapat apa-apa.
Segera saja lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, bagaikan keajaiban semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap tidak mendapat apa-apa..
Akhirnya lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.
Pagi siang hari mereka menemuai kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke kapal dan bersiap-siap untuk meninggalkan pulau itu. Dia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tidak pernah dimakbulkan.
Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang berada di sisi lain pulau??"
"Berkatku hanyalah milikku sendiri. Hanya kerana doakulah yang dimakbulkan."jawab lelaki pertama.
"Doa temanku itu tidak satu pun dikabulkan. Maka dia tak pantas mendapat apa-apa."
"Kau Salah!!" suara itu bertempik.
"Tahukah kau bahawa temanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan doanya dimakbulkan. Bila tidak, maka kau tak akan mendapat apa-apa.
Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yg dia panjatkan sehingga ak harus berhutang atas semua ini padanya?"
"Dia berdoa agar semua doamu di makbulkan"
Kesombongan macam apakah yg membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Ramai orang yg telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain dan janganlah menilai sesuatu hanya dari "yang terlihat" saja.
Doa Seorang Yang Bernama SAHABAT
ilmu, kawan, motivasi dan tauladanMuhaSABah diRi*
motivasi dan tauladanTinggal sorang2 dalam bilik memang sangat membosankan..x tawu weh nk bwt ap..boleh gila ak kalo sebulan macam nie..Nak g bilik salwa,malas plak nk jalan, nak g jenguk aini, lagi la..tingkat atas tue..x sanggup i nk mendaki tangga2 e2~
Oleh sebab bosan yg teramat ketara + xtaw nk bwt ap dah,ak pun slow2 membaringkan diri..wakaka..memang tyme ni x ngntOk langsung..tapi baring je la..leh berangan sikit2 ekeke..xde r..sambil2 baring tu, ak pun terpikir la kn pasal ragam2 manusia ni..terutama kawan2 ak yg sememangnya lain2 kepala dan pendapat..yg sekepala tu oke r kn,tp yg asek ikOt kepala sendiri tu cne lak eh????huhu..macam2 cerita dah ak denga pasal perangai sorang-sorng kwn2 ak ni..ak pUn bkn perfect sgt pun an,cuma ngek sikit jer..agagaga...xde r~
hmmm x jadi r ak nk tdo..ak pun bangun n trOs bka laptop..ttbe teringin plak nak menjelajah web iLuvislam..ak dah tentula jarang bke web ni..kekadang ble terfikir sesuatu tue,baru tergerak hati nk buka..ish3..x baek btol ak nie~
Best sebenarnye web nh..atleast sedikit sebyk bg idea kt ak pasal bende2 yg ak x thu b4 nh..
pAs tu kn,ak terbace beberapa patah kata pujangga..eh bkn beberapa,belambak jgk ni wey..Yg ni ak dpt dr MimiHafildaq yg d post kt imeem.com.(mimi ni pun ak rse r dia dpt dr pujanggaonline kot..kot okey..xsure)..menurut ak r kn,kata2 pujangga ni dpt memberi motivasi n memuhasabah diri ak..dan kwn2 of coz~
check it out ye kkwn..hihi..
"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak."
"Kita bermula sebagai seorang yang baru."
"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."
"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."
"Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala kejian juga."
"Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat."
"Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya."
"Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak."
"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."
"Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."
"Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat menghasilkan karya yang terbaik."
"Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan."
"Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."
"Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya."
"Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."
"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."
"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."
"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."
"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."
"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."
"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."
"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."
"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."
"Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"
"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang."
"Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."
"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."
"Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah ditempuhinya."
"Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil."
"Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri."
"Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya."
"Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain."
"Hidup ini adalah keputusan diri sendiri."
"Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
"Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain."
"Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya."
"Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."
"Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya."
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."
"Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati."
"Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi"
"Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia mengetahui."
"Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya." - Nur Kasih
"Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh."
"Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit."
"Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh kerja hari ini untuk esok hari!"
"Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan itu tidak bergelora."
Kata-kata Pujangga: "Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah."
"Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir."
"Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"
"Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan."
"Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat"
"Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana."
"Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki."
"Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna."
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."
Imam al-Ghazali berkata: "RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa."
"Tiada yang mustahil di sisi Allah SWT untuk menjadikannya."
Berkata seorang Ahli Sufi : "Siapa yang takut kepada Allah, nescaya semua makhluk takut
kepadanya."
It is not a mountain that we conquer but ourselves - Edmund Hillary
"Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"
Berkata Ar-Rumi: "Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat."
"Kemenangan bermula dari dalam diri."
Ibnu Mu'taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati.
"Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun
berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula."
Berkata Abu Sulaiman: "Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira) kerana kerinduan."
"Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita."
"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu
sehingga yang mustahil pun bisa terjadi."
"Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai
impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra."
Oke la..hopefully kita sume dpt manfaat dr kata-kata pujangga ni n dpt merubah diri dari yg kurang baek kpd baik,Dan dr yg baik kpd lagi..lagi baek..hihi
dadidooo------>bye
.:makiAn:.
motivasi dan tauladanKenapa perlu maki hamun orang lain? Sempurna sangatkah diri kita sampai mencaci hina orang lain yang belum tentu betul salahnya?? tepuk dada..tanyalah iman..muhasabah diri sendiri before nak memuhasabah orang lain~
Ak pernah terbaca satu riwayat yang berbunyi;
“Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.
Selapas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata;
“Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab ;
“Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.” Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”
Moral of da value nye disini adalah:
- jgn sesekali kita berani memaki hamun orang..risau kalau2 makian itu akan dapat semula kepada kita..Buruk akibatnya~
- Diam itu adalah pengubat terbaik apabila kita di maki..So,wat dunno je k (^.^)
- Lastly, byk2 la mengucap..think b4 u do~

Sekian..dadidooooooooooo ------->niteezzzzzzz



