Western Digital aka WD

Assalamualaikum..ehem:)
Akhirnya tergerak jugak hati ni nak buka blog lalu mengepost.lama jgk x update cni.maklum la busy:P
Sebenarnya sempat jew lau nak buka tapi malas mengatasi segala2nya..Skrg ak keja kt WD media kt bayan lepas..best sgt keja ctu even diluar bidang yang ak ambekk..kat ctu ak dah jumpa pelbagai lagi ragam manusia.ad yang sedap mata memandang x kurang jgk yang menyemak mata..xperla..biasa la tu kannnnnnnn..
hari ni x keja so boleh la ak tunjuk rajin ckit:)

Kepada kawan2 yg sedang bersedih,bergembira tu, sorry dah lama x jenguk kamu2..harap2 semuanya okey yer:)

end oF the ending

Today and finally, dis day dat i waiting for become reality - back to the north =) , . ohh i'm really2 xcited even sume org da lama merasa nikmat tinggal di rumah..hoho. .Last person of Medrad mber yang keluar dari usm..huwargggghhh..sgt tidak ku percaya ini semua..selalunya ak termasuk dalam golongan yg suka balik awal BUT for the end of my study, yang terjadi adalah sebaliknya...
wat so ever..hari ni ak balik..tu yg plg penting skrg!!

so, bila da balik rumah ni,.jarang la ak nk on9 dah kan..mesti bz coz akak n abg ak mau kawen..huhu..ak plak yg sebok kan...huahaha..

nak siap2 dgn barang2 yg perlu dibawa balik...daaaaaaaaaaaaaa

special to my fren....sufi =)

SUFI-Damasutra
Sufi Selangkah Tirai Kasihmu ku Buka
Engkau Serahkan Cinta Hingga Dirimu Tiada
Kasih Sufi Kau Rela Pilih Derita Di Dunia
Biar Rebah Di Hina Kau Tak Berubah
Kau Menguasai Selautan
Yang Tersembunyi Di Genggaman
Nafi dan Isbat Kau Sandingkan
Sebagai Tali Pegangan
Sufi Kau Hilang Di Pandangan
Ada Di Dalam Kenikmatan
Engkau dan Dia Pasti Tidak Akan Terpisah
Andai Tertutup Tirai Sufi
Yang Terang Tidak Nampak Terang
Inilah Siksa Menyakitkan Sepanjang Jalan
Inginku Tempuh Titianmu
Dari Kekasih Ke Kekasih
Pengabdianku Bersamamu Kasih
Biar Rebah Di Hina Kau Tak Berubah

wat da fishhh!

Senangnye la nak bagi duit kat orang kan..murah hati nampak ;) yer2 la ckp ak bertuah..!!!
SMS Misteri yg diterima di suatu petang ketika sdg menonton jeritan kuntilanak..Mmg kuntilanak la msg ni..ingat ak ni ap daa?

3.10pm

INFO DAKJAAT...!!
SimCard Anda menang HADIAH, Cek tunai RM7000 from Contest "POWER ROOT"
NO.PIN: 797***
for info sila call: 00628**********

di hari yang sama.......................

6.21pm

Info: POWER ROOT
Prepaid Ada "BERTUAH" Menang RM10,000
Siri PIN: 7C5***
Hub Office Pejabat di Talian; 00628**********
Terma&Syarat


Bertuah ke??????
Renung2kan dan selamat beramal

usaha mpOyokan diri!!

hari ni ambo meme xdok mood nk bwt gpo2..








acik...masa itu emas!tp saya suka perak..cmne?
buang masa leh?










maTured!! kan..kan..kan??hehe












senget~gmba je bkn tuannya..lalalaalalaa

'all bOut R'-dikala sedang membuang masa

R....:

Rajin?

  • Setuju (",)/

Romantik?

  • Kadeng2, jareng2 ^.^

Resah?

  • nampak cool je.luaran la =^

Rude?

  • ohh no! no! not sure 8-)

Riang?

  • susah nak tgk gelak mcm puaka ala2 saem2 lain :I'

Rock?

  • tak pK begitu..

Rogue?

  • huh! bcita-cita nk jadi millionaire..kunun2Nye =P

Rindu?

  • rasa-rasanya? :)

R??????sape??R.R

Tidak ku paHam mengapa..?..

Tah nape ntah, ak sangat x berkenan atau bahasa mudahnya TAK SUKA bila baca post makhluk TUHAN yang saja buka2 cerita @ memerli orang lain lebih2..bila bercakap macam dia seorang yang perfct sgt..x kesah la kt fB ke fS ke blog ke..pape jela laman sesawang yang dipertontonkan orang ramai.menurut pemikiranku, tak perlu kot bagitaw masyarakat pasal semua tu..kalo betol xpe..tapi kalo salah???sure ke ap yang AWAK luahkan tu sume dari hati awak?atau juz nak menyedapkan hati je?atau sedang bersandiwara dengan diri sendiri?....hmmm sukar untuk ak memahami isi hati sebenar AWAK..kekadang manusia ni....

Luar nampak lain, dalam nampak lagi la lain...
Luar nampak KewL, dalam sangat2 hOwt...
Luar nampak baek, dalam..nauzubillah...
Luar nampak selamber, dalam sebenarnye xde la selamber mane pun...
Luar nampak berani, dalam PENGECUT rupanya..(nape ak cakap macam ni???...........)

Kalo x puas hati ke, paru2 ke or watever je la yang AWAK x puas, jangan perli2 dari belakang boleh tak?..Sampai bila mende nak settle kalo macam ni gayanya?sudah2 la menyakitkan hati orang lain.tak rasa bersalah ke?ATAU pun AWAK ni memang susuh nak paham perasaan orang lain??

Ayat berbunga2..mengalahkan mamat/minah jiwang pun ada..tapi ye ke semua2 yang AWAK cakapkan tu sah orang tu yang bersalah..tak rasa ke macam menuding jari pd diri sendiri?aduyai..ni lah hidup dalam suasana remaja..masing2 ada ego.Tapi tak salah kalo ego tu dikurangkan ckit.untuk manfaat diri sendiri jugak~Bukan niat nak menyakitkan hati mana2 pihak.ak tulis dan luah sume ni untuk kesedaran diri aku jugak dengan harapan akan menjadi yang terbaik dari semalam..

*ak akan fikir lebih dan akan sedar kesalahan diri.apa yang pernah ak buat n apa cabaran dan dugaan ak terima bila tulis mcmni..dari sini, ak akan rasa sedikit semngat untuk perbaiki mana yang kurang.hopefully makhluk TUHAN tu pun same...insyaAllah

terBaiklahhhhhh!!

Pukul 820pm ak da pegi cop tV..maklum la takut bebudak girlz lain nk tengok channel lain..every saturday, my fav.channel haruslah tv1..RTM gitew..hihi..kenapa???
BOla la beb~...ak kan penyokong industri sukan tempatan..

1 MALAYSIA!!!!

Naseb la time ak pegi tu xda sape2..taw2 je yer..huhu..pukul 845 cmtu, siaran LIVE pun bermula dengan hafizal hamad sbgai host..ak sgt suka dgn dia ni.sama macam Hasbullah awang (talkman mlm tu) pndai bercakap n banyak je idea yang kua..mmg x akan jemu la bila dengar..
Game start around pukul 9pm..memang tak berganjak la ak dari sofa tu..
first half game mmg ak sangat excited dan kagum dengan player kedah terutama azmi muslim n baddrol baktiar..sangat lincah oke dorng ni.Boleh cakap dorng ni sangat3 penting malam tue..banyak jugak la tendangan ala2 maut gitu..tapi kurang bernaseb baik..
Pastu, ak da x ingt minit ke bape ntah, baddrol menjaringkan gol pertama skuad kenari hasil gerak lincah dengan shafiq..memang comel sangat gol tu..ternyata Badrol bakhtiar memang bijak bermain..haisssssssssshhh..sukanya ak..hehehe..

Damn!!!lepas je bape minit after gol kedah, n.9 plak sumbat masuk..sangat hampeh oke..pndai plak si shaffik tu bwk bola..bola tu pun pesal la x melekat kt tangan helmi..aduyai..boleh plak dia bergolek masuk dlm jaring..ceh!mmg dasar bola bulat~

separuh masa pun tamat~~

2nd half plak lagi la mencabar..besa la kan,da seri b4 tu..masing2 duk kejar bola bulat tue..kui3..Khyril muhymeen xde r lincah sgt mlm tu.mb de da lama x turun padang,,Tu yg membuatkan dia x setangkas selalu..agak kecewa disitu;(
Tunggu punya tunggu, masa pun tamat dengan kedua2 team terikat 1-1....

Yang paling ak geram,time tu jgk la budak2 2nd year ni nak tgk cerekarama la,cerekalara la..Ak nak tengak masa tambahan la bengong..x nampak ke tu final!! Ish nk je ak hamun kt situ..memandangkan majoriti yg nk tgk cerita cerekarama ntah pape tu dan ak sorng je yg nk tgk bola,maka ak pun terpaksa berundur..Sedih sengal~

aku pun turun la floor bwh..YES! xde sape2 tgk tv kt sini..ahhh mmg rezeki ak la..senyum sorng2:))

Tambahan masa 30 min pun tak berbuahkan hasil..still 1-1...maka penalti lah penentu segala2nya..ak sangat tidak suka penalti..buat ak resah gelisah jek taw:'

huwarggggg kan ak da ckp..penalti ni sgt membencikan! kedah kalah!!!!!NO..Tidak!!..

kesian player kedah..bermati-matian maen kat tgh padang n lastly kalah dengan penalti..Xper lah,yg penting usaha mereka sangat ak kagum..Kedah terbaiklahhhhhhhhh bagi ak^.^

memori teRukir diSini =)

Dari hari pertama aku melangkah masuk ke kampus diri ini seolah masuk ke rumah sendiri. Menghabiskan masa 4 tahun lebih hanya menanti pengiktirafan bergelar seorang graduan. 4 tahun menghabiskan masa mendambakan diri sebagai pelajar, demi segulung cita-cita, sebuah harapan keluarga, kugagahkan jua. Hidup dipenuhi dengan kuliah dan aktiviti ilmiah. Suka duka bersama kehidupan di asrama murni/nurani yang dipenuhi oleh aktiviti U. Melakukan aktiviti berkumpulan dengan teman yang sealiran dengan diriku. Kerenah tetap ada namun tidaklah kronik jika dibandingkan semasa di alam persekolahan. Mungkin usia yang tidak jauh berbeza bisa melunturkan ego sesama sendiri.

Masa belajar sangat lama ku rasa. Semester akhir ketara kepenatan dan kebosanan terpampang pada muka. Ibarat menanti countdown laungan merdeka!!.. Thesis harus disiapkan sepuas rasa secukup daya seenak perisa. Tapi baru separuh jalan daa. Hati mula gundah gulana. Menanti detik detik perpisahan dengan teman seperjuangan yang telah lama mengisi ruang di hati. Ada juga yang girang gembira sambil berguling2 menghitung hari tamat belajar dengan niat hendak melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hati yang sudah lama setia menanti hahahaha.

Minggu terakhir pasti berbaur kesedihan .Satu persatu kawan akan hilang dari pandangan. Beransur meninggalkan Kota Bharu menuju kampung halaman. Hilang segala tawa hilai muncul pula satu perasaan menghadapi perpisahan sedih bercampur duka . Sedih tidak terkata, segala kenangan semua diabadikan , alamat rumah dicatatkan, gambar dalam facebook dijadikan tatapan. Kata kata semangat di lontarkan supaya masing-masing diberi kekuatan menempuh alam baru yang akan datang..

Masih ku teringat detik-detik bersama, berjalan seiringan ke kelas, mandi manda di hutan rimba, meneroka tasek demi menyimpan memori terindah, mencari tempat berteduh di kala tidak dapat asrama, dan yang paling best saat2 makan bagai perut ada 5...bersengkang mata demi menyiapkan repot dan thesis.

Macam macam aksi dan gelagat mencetuskan kontroversi antara kami. Tak kurang juga, apabila tiba detik yang paling mendukacitakan, lagi mencemaskan mereka jugalah yang menjadi teman.. pendengar setia , pendorong semangat dan juga teman segala keadaan.. Menghadapi hari-hari berpisah dengan si jantung hati tatkala peperiksaan akhir semestar.. Satu demi satu giliran kami merasa detik yang tragis. hahaha.....bangkit selepas sebuah kegagalan dalam perhubungan..Namun kami masih setia walaupun di asak pelbagai cabaran demi sebuah persahabatan tanpa sebarang pergaduhan.

Aku sudah berteman!!Bila agaknya kita akan dipertemukan semula selapas perpisahan ini. Sama gelanggang tetapi lain kawasan. Utara Selatan Timur dan Barat.... Semoga kita dapat bertemu di lain kali..Terima Kasih atas sebuah persahabatan. Semoga hubungan persahabatan akan berkekalan sepanjang zaman.

aPabila A bertemu dengan.............

pe®tama kali ku mendenga® sua®a mu..
sayunya hatiku me®indui di®imu
walaupon belum kita be®sua muka
namun aku tetap jatuh cinta

pe®tama kali ku be®temu denganmu
hatiku te®paut melihat senyumanmu
aku mengha®ap engkau mene®imaku
ke®na aku be®sedia menyintaimu

akan ku ®enang lautan yg be®api
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jika kau meninggalkan aku
te®hiris hati ini,te®guris jiwa ini.
menangis tak be®lagu.......

bia®pun ombak yg me®ubah pantai
kasih ku tak kan hancu® be®derai
bia®pun ha®i be®ganti ha®i
di®imu tetap ku nanti.......

sayangku pimpinkan tangan ku
menuju mahligai bahgia..
kita be®sama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syu®ga
ohhhh..kasih...

speCial to suMOne ^,^



Ada sekor anak tupa, atah jula mokte,

kudung ekor perok lapar, jale cari make,



Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,

asalnyo dale hute, sejenis mamalia

Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,

asalnyo dale hute, sejenis mamalia

kalu pasal jakit kot dahe, diolah yang paling panda,

jatuh jare-jare kerano dio tok soba,



pandai-pandai tupai melopat jatuh tanoh jugok,

nok wi gambar ko ore jahat, jange telajok manggok,

jange telajok manggok,



ore jame ghitu pakat hambat tupa,

bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,

ore jame ghitu pakat hambat tupa,

bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,

nyor, durie, duku, kalu de nyo kerik tupa,

pendek tahun tu nyor, durie tok leh nok jual



Ore sekapong tupa seko, berambak hari-hari,

nyo pakat likong, nyo pakat pekong, tupa tok leh lari



Sekak bedil ado, tupa habih mati,

hok ni la sayo raso kito sangat rugi,

kito manusia tinggi mano pun kita ngaji,

nok buat tupa seko, tentu sekali doh tok jadi



Lo ni kapong atau bandar, jare boleh tengok,

bapok tupa, ibu tupa jale bawok anok

jale bawok anok



raso kesian sunggoh tengok seko anok tupa,

kerano telajok kuruh sampai tok leh nok niti pagar,

bulu-bulu pun habih luruh, air mata bera-bera,

mari dale baroh, bekali kena racun tebaka.....


beRat Mata memandang, Berat lagi kawan2 ku :P

Adeh la,
teramat busy ak dikala ini.Nak bukak blog pun x sempat-bajet bz mcm PM je ak~kui3....

Tp,... ak memang busy pun sekarang! dgn writing tesis tak siap lagi, final exam lagi, bisnez lagi..ehem (bisnez la sgt kn..hehe)... tolong majukan bisnez jualan makanan owg ade lew..kuat makan sungguh!!

Ermmm..rupa2nya tinggal sebulan je lagi aku akan berada di usm n disamping kawan2 yg tersangat best..Mmg macam2 perangai dorg nie.tp tue yang ak akan ingat sampai bila2..cewah ttbe emo..damn! actually, kaki nie mmg da x sabaw nk kua dr sini..detik 10 Mei terasa lambat la pulakzz..aduyaiiii......tp bila tkenang dan t'playback, rsa sedih la plak.tataw la per reasonNye..tp tu la..arggghhhh emo lagi..kui3...

xpela..da most important now! yg patut ak pikir adalah tesis ku yg tersayang~Hope ak dapat siapkan on tyme!!

sAmpai cni jela..c u....nak smbung bwt keje..lalalalaalalalalaaaaaaaaaa

Jus Mate 5 vs Gain 5

Uitt.. agak lama ak x update kt sini..pura2 bz la kunun..uhukkkk~

Sekarang isu yg hangat dikalangn ak n mber2 adalah pasal berat badan..sume sebOk je nk b'diet la apa la..t'masuk jgk la ak kn..ekekekeke..tp ak bkn nk b'diet mcm budak2 tu sume..ak nk mnambahkn Otot2 supaya lebih tOugh oke:P

Lepas jek balik ksus keusahawann hr tu,ak pOn tnpa was2 m'ode gain 5 kt si miro..dulu pOn ak pnh try mkn susu weight gain tu..tp xde pe2 improvement pOn..nmpk sgt la badan ak nih kebal dgn sume mende2 gitu..ekekeke...Ada org ckp,produk Dr.Rozmey ni sgt2 effective..so xsalah kn kalO ak try..hehehehe

Aku rse ak je kOt yg try gain 5 nih..yg lain2 tgh bwt xperimen dgn Obat2 kurus..jus mate 5 la..jamu la...suma ada..tataw r kn boleh kurus ke x..nama je nk diet tp mkn mngalahkn ak yg nk gumuk ni je..ekekeke..

Papehal pOn,wait n c jela kn...target ak skrg nk sampai 50 je..xnk lebih n xnk kurng jugak..harap2 bkesan la gain 5 ni kn..kalO x..sgt MEMBAZIR Oke!!!!

sayu hati, sayu sekali~

Ehemmm...uhhuukk!.

Hai...haii,

Dah tade dh msg2 or calling2 dr dia..,

Ikot suka dia je eh..ad mslh je cari ak..cari ak je ad mslh..,kawan..kawan..mcmni rupanya kwn..,

xper2..start frm today.now.saat ini..detik ini..ak da xmo layan kamooooOoo..,

Kalo ad mslh,g r bwt aduan kt balai pOlis..jgn msg2 ak dah..ada paham..??!!!

*Niat d hati nk patahkn simcard then beli yg baru..Yes!!akn d makbulkn niat ku ini bila sampai waktunya~

DiSebalik Raya..

Raya aidiladha @ kOrban dis year ak n family sambut dekat penang je. .Kami x balik kmpg (Baling) pun sbb kt sini ramai sedara mara bwt kenduri kOrban. .Lgpun ak x suka sgt balik Baling tu..sunyi sgt situ..x besh mcm kt rumah senirik~hishhh kalO la mak ak bce blog ak ni,mawNye majuk smgu~ cian jgk la kt mak ak tu. .Bpe abad dah kami x balik beraya sana..Maklum la,Baling kn kmpg halaman mak ak. .mesti la beliau nk balik kn..TAPI......Abah xmo. .alasan abah,bkn ad sape pun kat sana..hmmmm..hal2 org tua..mls nk kacO..kami sbgai anak,ikOt je mana yg di suruh..uhukkk~

Raya 1st--> Abah bwt bihun sup tulang. .Abah kalo bwt sup mmg daBomb..xde sape leh challenge la. .sOdap sampai berminyak mulut ak pnye hirup sup tue..:P
Member2 Jai n cOn,pas solat sunat aidiladha tu dah sampai.Ramai plak tu..Depa la tetamu yg merasmikan sup..Pastu ad la sedara dekat jauh yg dtg. . . .
X sampai ptg, sup da abeh. .sian sape2 yg dtg lewat tu..mmg btol2 dapat tulang jela..hikhik..Jam x sampai kul 5, ak da tertidO..penat sih layan org yg dtg..ramai smpai x terlayan la org ckp..MawNye x, nk hidang la,Basuh pinggan mangkuk yg melekat2 minyak n kesan lemak degil sup tu..huh!merimaskan~Tapi naseb ak penyabar..agagaa..
Malam plak...Jeng3..si Botak dtg rumah..wakakaaa..kelakaw2..Gaya ala2 macho la jgk tp pemalu sehhhh..nk dtg salam dengan family ak pun tersengeh2..kan x pasal2 kne gelak dek sume org..kesian sgt..Naseb ko la..Family ak mmg peramah n sempoi terlebih~

Raya 2nd--> Kenduri Korban. .Ramai gak tetamu yg dtg..ish.nama pun kenduri kn.mesti la ramai org..bongok btOl la ak ni..:/Tyme ni jgn ckp la,PerOt ak penuh balik r kn..sume masakan yg ad ak sumbat jek..dgn ayam masak merah la..sup daging la..air asam la..HUh..tunggu la akibatnya nnt..kOnpem jamban memanggil2 ak~
Seperti yg dijangkakan..Diarrhea!! Start dr pukul 12 tgh mlm sampai 6 pagi perut ak mmg sgt terseksa..ulang alik ak g tOilet..sampai tahap mcm xnk kua dah dr situ..kalO ikotkn hati,nk je ak stay kt situ..tapiiiiii.............bkn ak sorng je oke..mak ak pun sama..hahahahahaha..yg heran lagi peliknya..pesal la ak dgn mak ak jer..Org lain ak tgk sedap je tdo..x pueh ati btol..padahal depa lg dasyat dr ak..segala mak nenek yg ad sume depa mkn..salah siapakah sume ini..????pikir r senirik..uhuuuhu

Hari2 mendatang...tataw lg ap yg akan terjadi..wait n c jela ek..hihiiii...




MOviE@paWagaM

wargggghhh..lama btol ak tak jejak kaki kt pawagam..Mmg dah x boleh jadi "1st striker" la ak..sume citer2 baru yg kua, ak jd tataw pape..Adik ak plak yg lebih taw mengalahkan ak..Nak bwt gane kn, Kelantan bandaraya budu ni xde pawagam,..ohoo..

Nak tengok 2012 wehhh...Best sgt downk ckp..sabar acik sabar. .esok lusa da nak balik penang.Pegi la tengok puas2..

Yes!! x sangka adik ak sgt memahami..hihi..malam semlam adik ak ad msg then ajak g tgk citer tue bila ak balik nnt..gud2..Atleast xde la ak mcm org bodoh jalan sorng2 g Sunway Carnival nnt..hihi..
Msg adik ak smlm cmni.."kakcik, jom g tgk wayang..citer 2012..keta muat kn kalo g 6 org?.." mak aihhh. da plan awal ghopenye deme ni..siap set nk pegi bpe org lg tu...nmpknye terpakse la ak tadah telinga dengar org2 memerli nnt..maw nye tak, dulu penah ak g pawagam dgn 5 orang budak2 bwh umo..sume kecik cumel2 je..n tetibe ak sorng jek yg besaw n tinggi lak tu..segan pun ad jalan seiring dan segerombolan dgn budak2 ni..Pastu ad la suara2 memerli ak.."amboi,ramainya anak" hampeh tol..tp layan jela kn nk bwt gane,ak bkn ad kwn2 yg sebaya pun kt rumah ak..yg belambak kt situ, budak2 je..:P pastu bila masuk pawagam bising lak tu..bese la kn,nama pun bdk2..tyme tu mmg ak bwt x kenal je bdk2 ni..huhu..Tapi sbenarnye kn,best woo jln2 dgn budak-budak..kecoh2 gitu..Mcm2 perangai..xde la sunyi mcm tunggul je kn bila kua tu...uhukk

Oke2 back 2 da story, pasal citer terbaru skrg kt pawagam..ap lg eh??Pisau cukur pun ak da terlepas..Skrg da x Hot..tunggu CD dia kua je la kn..Xpela,ak maw check citer2 terbaru kt tenet ni..Perancangan masa cuti harus d atur dgn kadar yg segera..Bese la kn, Bab2 buang masa mmg ak sgt pandai~~

Doa Seorang Yang Bernama SAHABAT

Sebuah kapal karam diterjang badai hebat.Hanya dua orang lelaki yg dapat selamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yg sangat gersang. Mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapa yang yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah yang berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya lelaki pertama melihat sebuah pohon buah-buahan penuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yg lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri. Keesokan harinya, terdapat sebuah kapal karam dan satu-satunya penumpang yg selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki kedua, tetap saja tidak mendapat apa-apa.

Segera saja lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, bagaikan keajaiban semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap tidak mendapat apa-apa..

Akhirnya lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemuai kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke kapal dan bersiap-siap untuk meninggalkan pulau itu. Dia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tidak pernah dimakbulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang berada di sisi lain pulau??"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri. Hanya kerana doakulah yang dimakbulkan."jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tidak satu pun dikabulkan. Maka dia tak pantas mendapat apa-apa."

"Kau Salah!!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahawa temanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan doanya dimakbulkan. Bila tidak, maka kau tak akan mendapat apa-apa.

Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yg dia panjatkan sehingga ak harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Dia berdoa agar semua doamu di makbulkan"


Kesombongan macam apakah yg membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Ramai orang yg telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain dan janganlah menilai sesuatu hanya dari "yang terlihat" saja.

Rahsia tapak tangan lelaki~

Hari ni ak tataw nk bwt ap..Terasa lambat plak nk balik rumah..kebosanan dh bermaharajalela dlm badan dan seluruh urat saraf ak~maka dgn itu, ak pun mencari keje yg x penting pOn disaat dan ketika ini~ penyiasatan tapak tangan :)) tp tapak tgn lelaki la..hihi..dis info ak dpt dr buku 'Read his hand n know his heart' (buku ni jgk ak jdkan sbg reference mase bwt homework B.I yg diberikan oleh Mr.? mse ak amek klas B.I dlu) yg merupakan kajian olah pakar2 palmistry

Sy tegaskn disini. .tapak tangan LELAKi...LelaKi oke!!--> Tangan KanAN yer..jgn tersalah plak~.-

Kalau korg nk taw character lelaki sesangat..(yer r kn, kunun2nye nk cari soulmate yg plg perfect r tOk korng kn) try la teroka tapak tgn dia..tu pun kalo dia kasi la kn..hihi..kalO x, jeling2 dr jauh jela~~TP AWAS!! kalau sampai kene lempang tu, jgn salahkn ak..:P
Check it out frens...

Earth hand

  1. Si dia yg tergOlong dlm grup nie adalah yg mempunyai telapak tgn yg bhgn centernye bujur & jari jemarinye pendek..
  2. This guy usually bersifat konservatif. Pemikiran yg tinggi n hidupnye yg stabil gitew..hik3
  3. Kalo la korg ad jmpe lelaki cm gini kt tgh2 bandar metropolitan, kemungkinan besar mereka2 ni ada rumah yg tersangat besar dgn halaman yg cukup luas seswai dgn jiwa mereka yg gemar berkebun~(mb dulu downk mek kos pertanian kt upm kot). .selain e2, lelaki jenis ini gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan~ (sah slalu main restoran city)
Water hand
  1. Telapak tangan berbentuk segi panjang & jari2 bersaiz panjang jugak. Mereka2 ini merupakan lelaki yg baik hati, sabar dan gemar menelaah..bahkan selalu digelar sbg ulat buku..(wow!! sgt malu la ak sbb ak pemalas..sgt bertentangan nih~)
  2. lelaki dlm grup ni jgk mempunyai keperibadian yg tenang..cool beb~
  3. Korng lebih byk menemui mereka di acara-acara kebudayaan drpn kelab2 sosial..(tu pun kalau korng join acara kebudayaan la kn..)
Air hand
  1. Mempunyai telapak tgn yg bujut TETAPI jari jemari yg panjang.
  2. Lelaki2 ini mempunyai hal-hal yg baru dan b'wawasan dengan melakukan aktiviti pengembaraan.
  3. Disebabkan dia mempunyai hobi yg agak ekstrem, maka dia sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya..(bagus ni weh,terjamin sikit masa dpn korng.uhuu)
  4. Hanya dengan sebuah perbualan yg bijak, lelaki ini mudah tertarik dgn kOrng..(ap lagi,start la bwt ayat bunga2:p)
Fire hand
  1. lelaki dgn tapak tangan berbentuk segi panjang dgn jari2 tangan pendek. .Normally,cpt gelisah kalau duduk dalam satu jangka masa yg lama~
  2. Dia sgt menyukai perkara2 berbaur bertentangan sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan..
  3. Meskipun begitu, si dia yg mempunyai Fire hand ni berkeperibadian tinggi dan mudah bergaul. Tidak hairanlah dia mempunyai ramai teman yg mengambil berat tentangnya..
  4. sekiranya korng x bersikap "bossy" dengannya.,dia pasti akan menenggelamkan dirinya dlm hubungan yg penuh keterujaan bersam korng..awas!!
So pasni pandai2 korng la nk bwt cne kn..hopefully dpt la korng teroka tapak tgn lelaki pujaan anda!! hihi..

gtg....................--->dadidoo

Sumber: internat

akhiRNya....

Fuhhh..thanks God, at last boley jgk login blog ni..:) Maka dengan itu juga, ak pun dh lupa nk post ap before ni..haissshhhh..camane boleh lupa (".)?..padahal ak agak excited nk b'story mory haritu..xpela,lupekan..nnt2 bila da ingt,ak post la~

Maw bwt apa ya harini....? Bagi makan ikan,bagi makan mak ikan (hehe..ak la mak ikan tue:P) ,tukar air ikan,mandi,minOm,print Draft & journal then anta ke en.ray, tido, makan balik, tengok tV..bla..bla..bla...last skali baru nk stdy~.-..wow!!baru ak realize,byk jgk keje ak rpenye..uhuu...ehemm..uhukk..

Hmmm..skrg baru kul 6.26a.m...awal lg ni..perlu ke ak mandi??perlu ke..perlu ke..ishh,xperlu lg kOt..cejuk maaa..x sanggup i nk mnyentuh air2 e2..Rumet ak pOn mcm sodap je tido..xleh jd ni..Katil pun mcm memanggil2 ak jek tue..xpe ak paham..nk swOh ak smbg tdo kn??kn..kn..?Kul 8 nnt la bru start bwt keje ak yg belambak tue..hohO..

jOm..jom..tido jom...Gdnite~

FINAL LIGA MALAYSIA

Agak frust la ak semalam coz team (kelantan) yang aku assume boleh menang semalam jatuh di tangan musuh,Negeri 9..ahhhh..kecewanya ak!!

Tapi, ak sangat2 kagum r dgn indraputra..cewah mentang2 ak suka dia,kagum sokmo la kn..ekeke..xde r,ak suka btol la jaringan dia tue..sumbat comey dowh..Free kick yg sgt mengaburi mata musuh..haha..

Dalam masa yg sama,peminat kelantan pulak bwt hal..baling mercun la,bakar kerusi la..mb deme da tokleh nk control emosi doh..ye r kn,sape x emo..datang jauh2..mengharapkan gol kemenangan,tp ap yg dapat???player maen mcm x rela jew..eceh,macam la ak taw kn perasaan deme tgh padang tue gane an..abeh peluh ketiak2 punya kejar bola,leh kita kt luar ni ckp maen mcm hape je kn...ish3..-ve thinking..sgt...

Semalam mmg kelakar la weh..Baru ak taw suasana bila layan bola dengan sek2 tino banding jate..b4 nih asek layan dgn jate jah..Rupa2nya sek2 tino ni lagi dasyat..haha..Agak ramai la yg berkumpul dr awal nk tgk game semalam..mostly junior r..bpe kerat je bdk2 4th yr..Bukan ap,yg beza n yang kelakaw nye,deme ni bkn tengok bola sgt pun..tgk player je lebih..mende yg ak xley blah,ad je mulut2 yg ckp WOW nsem r,gila lawa badan,cutenyeeeeeeeee...yg paling jadi tmpuan sape lg kan kalo bkn si kembar aidil n zaquan tu..smlm mmg dpt title laki macho,tough la n mcm2 lg la kn..wakaka..siot r korng ni..de lak ke situ peginye..mmg r player2 ramai yg comey..tp xyah la asek ckp mende yg sme dr awal smpai nak nek amek trofi tu an..ni bkn pertandingan ratu cantik oke..berkarat telinga ak dengar~

Hmmm..xpe r team kelantan..anda sememangnya sudah menjadi juara..ingt senang ke kn nk masuk final..kelantan da kira terbaik r tu..coz kedah pun terkandas beb..haha..try lagi next time n next time jgk,ak da x sanggup nk layan game dgn sek2 semalam..haha..
....mmg bongek~